Jum Bincang! Faktor dan Wawasan, Menganalisa Peluang, Renungan

Menganalisa Peluang

Harian Metro. Rabu 30hb. April 2008.

Pahang bakal menghasilkan 1,501 tan buah-buahan setahun. Projek Lancang itu juga bertujuan mempromosikan projek pertanian komersial berskala besar.

Apa yang dapat kita simpulkan daripada laporan akhabar ini?. Bagi pendapat peribadi saya, ini adalah satu peluang keemasan  kepada anak negeri khasnya dan penduduk pantai timur secara amnya untuk mengambil peluang ini. Apa peluang yang saya maksudkan?

Bagi pengeluaran berskala besar dengan target 1,500 tan output sudah tentu memerlukan input yang besar untuk menghasilkan output sebanyak itu.

Apakah input yang diperlukan itu? Mari kita bincangkan topic ini bersama dan bersama kita mengambil peluang ini. [fikirkan peluang ini dari perspektif usahawan].

Keperluan yang pasti seperti:

Bekalan baja yang mencukupi bagi menghasilkan output yang berkualiti. Saya kira sudah tentunya jika bekalan baja tempatan tidak mencukupi pihak terbabit terpaksa mengimport dari negara luar. Jadi mari kita lihat peluang di sini.

Peluang pekerjaan yang sudah tentunya terbuka bagi memenuhi target tersebut.

Pusat-pusat pemasaran baru akan dibuka bagi memasarkan output.

Kilang-kilang baru ataupun yang sedia ada dinaiktaraf bagi mempelbagaikan output.

Itu adalah hanya sebahagian yang saya lihat dari perpektif peluang yang akan muncul. Sebagai seseorang yang mensasarkan usahawan sebagai matlamat, kita harus berfikir kedepan secara kreatif samada bersedia mengambil peluang tersebut ataupun kita sendiri mencipta sesuatu yang boleh mendatangkan peluang kepada orang lain pula. 

 

Standard

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s