Kursus usahawan, Membina Rumah dan Penghasilan Produk Sarang Burung

Membina Rumah dan Penghasilan Produk Sarang Burung

Bidang ini masih lagi satu bidang yang amat sedikit diceburi oleh golongan Bumiputera di Malaysia. Seperti biasa ianya dipelopori oleh kaum Cina. Saya rasa anda tentu boleh mengagak, jika kaum Cina mempelopori suatu bidang sudah tentu pulangannya amat lumayan. Bayangkan 1kg harganya mencecah RM10,000.
Saya rasa kita patut jadikan bidang ini sebagai salah satu perancangan jangka panjang dalam siri Plan Perniagaan kita. Bidang ini memerlukan modal yang agak besar untuk diceburi kerana kita perlu membina rumah khas yang sesuai untuk menarik burung walit singgah dan seterusnya menghasilkan sarang .
Apapun nak seribu daya, tak “mboh” seribu dalih. Endingnya amat lumayan jika anda bandingkan dengan kerja makan gaji biarpun sehingga anda pencen. Selamat membuat kajian secara terperinci jika anda berminat. Jangan cepat putus asa, buatlah perancangan yang teliti.

Video ini sebahagian daripada sesi menambah ilmu.
[saya tidak mempromosi perniaagaan tuanpunya video ini dan tidak mendapat sebarang komisen disini. Pemaparan disini hanya sebagai media menambah ilmu]

Jika berminat jangan biarkan masa berlalu, risik-risiklah tempat kursus untuk mendalami bidang ini. Saya mengesyorkan anda menghubungi IUB-MARA kerana menawarkan pulangan lebih nilai terhadap wang yang anda belanjakan.

Oleh kerana faktor modal yang besar diperlukan, ada baiknya kita mengambil kira faktor kemudahan pinjaman daripada pihak yang memberi kursus supaya selepas kursus kita tidak perlu mencari pihak ketiga dan membuang masa membuat kajian tentang pinjaman pula.

Standard

One thought on “Membina Rumah dan Penghasilan Produk Sarang Burung

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s