Renungan

Bukan islam memilih pinjaman bank islam

Saya tertarik dengan artikel yang di tulis ust zaharuddin (zaharuddin.net) dalam akhbar mingguan metro (23march2008). Saya cuma membuat ringkasan disini utk renungan kita bersama. Kata beliau, kebanyakan masyarakat cina menggunakan pembiayaan perumahan dari bank-bank islam. Sedang masih lagi masyarakat Melayu memandang sebelah mata kepada sistem kewangan islam sendiri. Seperti yang diterangkan ust sedikit yang saya ingat ialah pembiayaan berkonsepkan islam ini tidak akan berubah – ubah bayarannya berbanding dengan sistem convensional yang bergantung kepada BLR rate. Maksudnya jika ekonomi merudum, BLR akan berkemungkinan naik, jadi bayaran ansuran akan bertambah.

Jelas disini islam menjaga kepentingan ummah. Tidak kah kita terfikir atau duduk sejenak renungkan perkara ini. Jika dalam konsep pembiayaan ini pun islam menitik beratkan soal ketelusan dan kebaikan kepada ummah, apakah islam itu tidak menjaga kebaikan tentang segala aspek lain tentang kehidupan kita? lihatlah secara menyeluruh, bongkarlah kesempurnaan islam yang syumul / sempurna itu seluruhnya. Ayuhlah wahai bangsa Malaysiaku, jika sistem kewangan pun kamu mengakui islam menjaga kebajikan masa depanmu, mengapa tidak kamu membuat sedikit lagi kajian yang membuktikan bahawa islam menjaga kebajikan seluruh kehidupanmu. Ambillah keseluruhannya dan bukan sebahagian yang kamu rasakan sesuai dengan nalurimu sahaja kerana sesungguhnya akal manusia amat terbatas. Fikir-fikirkan.

Standard

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s